22 August 2009

First day puasa bg tahun 2009

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana kita telah menyempurnakan ibadah puasa pada hari pertama Ramadhan. Hari ini merupakan hari yang saya rasa sungguh tenang dan berasa cukup gembira. Seumur hidup saya x pernah rasa gembira seperti itu. Itulah di katakan orang yang berpuasa Allah memberikan nikmat kegembiraan ketika berbuka dan di akhirat kelak. Pada hari ini saya mengikuti ayah ke masjid disekitar kawasan perumahan iaitu Masjid Al- Khashi'in, Desa Petaling untuk berbuka di masjid. Banyak kelebihan berbuka di masjid antaranya dapat memupuk semangat silaturahim antara sesama umat Islam. Di masjid bukan sahaja ada orang melayu malah kaum2 lain seperti orang bangla, pakistan, cina, india yang beragama Islam turut sama2 menikmati waktu berbuka dan selepas itu melakukan solat maghrib berjemaah. Ini membuktikan Islam ni bukan dianuti oleh orang Melayu malah seluruh dunia x kira lah samada dia orang arab, mat salleh ker kalau di berikan petunjuk kepada Allah seseorang ialah seorang muslim.

Pada malamnya kita menunaikan Solat Terawikh di masjid yang sama. Solat Terawikh sebanyak 20 rakaat tp saya hanya melakukan 8 rakaat sahaja and buat withir 3 rakaat dan membaca Al-Quran sebelum pulang ke rumah. Itu lah yang dapat diceritakan pengalaman first day puasa walaupun hari ini hari Sabtu, Allah menurunkan hujan di kawasan rumah saya tanda Dia maha pemurah lagi maha pengasihani. Sekian wasalam

1 comment: