21 August 2009

Ingatilah Perjuangan Genersi dahulu....

Kini, Malaysia merupakan sebuah negara aman dan damai walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum. Tapi tahukan anda, bahawa harga sebuah aman dan damai harus dibayar oleh pejuang kita dahulu dari penguasaan penjajah. Kita dibelenggu penjajah selama lebih 4 kurun lamanya dan pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 negara bebas di belenggu penjajah. Bukan main gembira rakyat Tanah Melayu ketika itu selepas sekian lama tersiksa akhirnya mereka bebas untuk menentukan hala tuju generasi yang akan datang (iaitu kita ). Oleh itu kita patut mengucapkan terima kasih kepada generasi yang terdahulu yg berjuang menuntut kemerdekaan. Jangan kita lupa jasa Dato' Onn, orang2 Melayu serta Raja2 Melayu yang mengagalkan Malayan Union seta jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun H.S. Lee serta E. Thuraisinggam yang bersama2 menuntut kemerdekaan di London.

Lihatlah video ini, Begitu besarnya nikmat kemerdekaan







Dengan ini saya menyeru kepada anda semua ingatilah sejarah dan pengorbanan generasi terdahulu untuk merdeka bukan sahaja sebagai sebuah negara dan bangsa malah mampu berdiri diatas kaki sendir. Setelah 52 Tahun Merdeka, negara telah mencapai pelbagai kemajuan dari segi ekonomi, teknologi serta pendidikan dan menjadi contoh kepada negara2 dunia ketiga (Negara2 Membangun)..

Sekian dan salam 1 Malaysia

1 comment: