21 August 2009

Kelebihan dan peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua....
Harap2 and semua sihat sejahtera hendaknya. Disini saya ingin berkongsi ilmu dan pendapat saya tentang kelebihan & peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan Al- Mubarak ini.

Antara kelebihan Ramadhan ialah :
1. Allah menurunkan rahmat dan memberi keampunan kpd hamba-hambaNya.

2.Dalam bulan ini ada satu malam. Sesiapa yg beramal pada malam tersebut pahalanya menyamai membuat amal ibdadah selama 1000 bulan. Malam ini dikenali sebagai "Malam Lailatul Qadar".Lailatul Qadar merupakan rahsia Allah S.W.T dan untuk mencarinya Rasullulah telah mengatakan hendaklah dicari pada 10 malam terakhir Ramadhan.

3.Pintu2 Syurga dibuka seluas2 nya, pintu neraka ditutup serapat2 nya dan syaitan dibelenggu.

4.Apabila kita berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah S.W.T, akan diampunkan dosa yang telah lalu.

5.Ini adalah ganjaran yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada umat Muhammad yg tidak
diberikan kepada umat2 terdahulu :
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.
berdasarkan sabda Rasullullah S.A.W.
6. Jika kita bertasbih,bertahmid dan berzikir dalam bulan Ramadhan, Allah menjanjikan sebuah
mahligai di syurga.

Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan didalam Islam
1. Turunnya wahyu Allah yang pertama kpd junjungan besar Muhammad S.A.W pada 17 Ramadhan. Di Malaysia dikenali sebagai nuzul Al-Quran. Wahyu pertama Allah turunkan kpd
Rasullullah melalui Jibril ialah surah Al- Alaq (ayat 1-5) yang memberitahu bahawa
pentingnya membaca dan mencari ilmu pengetahuan. Sesungguhnya ilmu yang kita pelajari
tidak kira ilmu syariah ataupun ilmu2 sains & teknologi semua datang daripada ilmu Allah yang
maha hebat bak lautan yang tiada bertepi. Subahanallah....

2.Peperangan Badar berlaku dalam bulan ini dimana Allah membantu kaum muslimin
memerangi kaum musyrikin Makkah dengan mengutuskan segerombolan malaikat untuk
menghancurkan tentera musyrik itu. Kalau di lihat dari segi logik akal, tentera muslimin
berjumlah 313 orang manakala tentera musyrik seramai 1000 orang. Sudah tentu yang lagi
ramai yang akan menang tetapi tentera2 muslimin hanya berserah dan memohon kepada
Allah S.W.T dan akhirnya kemenangan besar kaum muslimin. Ini membuktikan bahawa Allah
lah yang patut kita meminta pertolongan di kala susah ataupun senang.

3.Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala Rasulullah SAW
keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda
berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh
ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah.

4.Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran,
Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Frederic of the Visigoths.
Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Panglima
tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera
kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Frederick. Antara peristiwa yang
memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad
mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur
dengan tentera Raja Frederick. Beliau berkata, “Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas
di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan,
sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan
tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Frederick, malah telah mampu membebaskan
keseluruhan Spanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan
Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun. Perisitiwa ini berlaku pada
92 Hijrah.

5.Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera
Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib.
Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat
kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab “Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa
mengancam”. Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya
merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan
Ramadhan 584 Hijrah.

Ini sahaja saya dapat berkongsi dengan anda semua. Sesungguhnya yang baik itu datang dri Allah dan yang buruk datang pada diri sendiri.
Sekian....
Assalamuaikum dan salam 1 Malaysia

No comments:

Post a Comment