23 August 2009

Chelsea dan Spurs mencatatkan kemenangan 100%

Tahniah kepada Chelsea dan Spurs diatas kejayaan membenam lawan masing2. Chelsea yang bertandang ke gelanggang jiran tetangga ( Fulham ) di Craven Cottage dengan kemenangan 2-0. Gol2 Chelsea dijaringkan oleh Anelka dan Drogba. Di barat London, West Ham tewas di tangan Spurs. Gol Lennon di minit2 akhir permainan meyelamatkan Spurs dari keputusan seri. Sebelum itu The Hammers mendahului melalui gol Carlton Cole sebelum Defoe menyamai kedudukan kepada 1-1. Dengan gol kemenangan Lennon ini meletakkan Spurs berada di kedudukan teratas liga EPL.

Sementara itu pasukan yang baru dinaikkan di EPL, Burnley mencatakan kejayaan yg kedua (selepas mengalahkan setan merah laknat) dengan membenam cabaran Everton. Gol tunggal Burnley di jaringkan oleh Wade Elliot. Everton sepatutnya boleh dapat keputusan seri namun Louis Saha gagal menyempurnakan sepakan penalti..


Anelka meraikan gol bersama2 Drogba

Tinggal Liverpool dan Villa sahaja yang belum berentap lagi...
Sekian

No comments:

Post a Comment