24 September 2009

First time beraya tanpa keluarga di sisi...

Di kesejukan pagi syawal yg lalu ( 20 September 2009) di bumi asing jauh dari negara yang tercinta, Malaysia. Suhu di sini kira2 17 darjah celcius membalutkan tubuhku yang dingin ni.



Di waktu itu juga ku teringat kalau pagi2 raya mesti ada rendang buatan opah @ emakku ngn ketupat palas kegemaran ku di samping kemeriahan sepupu2 ku di kampung. Di sini, iaitu di United Kingdom sungguh berbeza sekali. Terima kasih kepada abang Jep ngn kak zah kerana sudi menumpangkan kami berlima (aku, zufadhli , ameerul, nadia ngn najwan) untuk 1 mlm supaya kitaorang semua dpt menyambut hari raya (sebelum masuk ke hall) .



Tidak di lupakan senior2 Malaysia di Brunel University yang sama2 menyambut raya ngan mengadakan rumah terbuka walaupun tidak semeriah di Malaysia tetapi cukup untuk mengubat rindu kepada suasana raya di Malaysia.









Ini dijadikan sebagai pengalaman kpd diriku yang amat bermakna & tidak akan di lupakan sampai bila2. Ini juga menjadi motivasi & insipirasi dalam menempuh dugaan & cabaran ketika hidup di negara orang sebagai seorang pelajar. Bak kata pepatah " Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri, lebih baik di negara sendiri".

Sekian,
wasalam

No comments:

Post a Comment