20 August 2009

Assalamuaikum....... Salam perkenalan

Alhamdulillahirabil'alamin...
Pembuka kata manis bicaidupra. Syukur kepada Allah S.W.T yg melimpahkan kurnia kpd hamba2-Nya dapat kita menikmati hidup yang aman dan damai di negara Malaysia yg kita cintai. Dengan Ramadhan yg bakal menjelang besok ( Sabtu ) bermula lah episod amal ibadah umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ramadhan merupakan bulan di mana umat islam di wajibkan puasa iaitu menahan diri daripada makan & minum serta perkara yg boleh mengurangkan @ membatalkan puasa dari terbit fajar( Subuh ) hingga terbenamnya matahari ( Maghrib) dan pada malam dihidupkan dengan amal ibadah seperti solat terawih, memebaca al-Quran ( bertadrus) dan Qiamullail ( Bangun Malam). Ramadhan merupakan bulan yg khusus diberikan Allah kpd umat Muhammad (Umat Islam) dimana pintu2 syurga (kebaikan dan rahmatNya) dibuka seluas2nya dan ditutup serapat2nya pintu2 neraka (segala kejahatan) dan syaitan dibelenggu. Bulan ini juga Allah memberi keampunan kepada sesiapa yg memohon keampunan dari Nya. Ramadhan juga bulan dimana umat Islam menunaikan satu lagi perkara yg ada dalam Rukun Islam iaitu menunaikan zakat (zakat fitrah).

Disini dapat kita lihat Ramadhan boleh membentuk diri kita kearah diri yg lebih baik. Faedahnya ialah iaitu mengawal hawa nafsu kita yang sering mendorong kearah kejahatan. Saya berharap agar datangnya Ramadhan ini dapat kita mengambil iniseatif untuk berubah. Berubah ini bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk bangsa dan negara serta Islam yang tercinta.

No comments:

Post a Comment