15 February 2011

Kepentingan mempelajari sirah

Assalamualaikum semua,
entri ari ni membincangkan tentang kepentingan mempelajari sirah. Sirah merupakan sebuah kisah sejarah junjungan besar kita yg mulia Muhammad bin Abdullah seorang pesuruh Allah yg diutus kpd manusia. Kisah Nabi S.A.W ini adalah penting buat kita sbg seorang muslim supaya kuat dan berdaya saing spt bangsa2 yg lain. Faktor menyebabkan orang2 Cina menjadi kuat dan berdaya saing walaupon di mana sahaja mereka berada disebabkan faktor sejarah mereka yg membanggakan. Dahulu orang2 Cina terkenal dgn tamadun empayar yg bertahan beribu-ribu tahun. Untuk kita sbg seorang muslim, sejarah yg patut kita banggakan ialah sirah Nabi S.A.W. Banyak kisah sirah kita patut ambil sbg pengajaran khususnya dlm berdakwah menyampaikan amr bil ma'ruf wa yanhau na anil mungkar kerana dlm sirah Nabi S.A.W., baginda diuji, dihina bhkan di pulau oleh kaumnya sendiri, Quraisy. Malah didalam Al-Quran, Allah menceritakan bnyak kisah para anbiya spt Nabi Nuh A.S. dan Nabi Syuib A.S. yg mendapat tentangan habis-habisan oleh kaumnya.
Oleh itu kepentingan mempelajari sirah adalah penting dlm membina jati muslim dan seterusnya menjadikan umat Islam maju di hadapan. Kita kena ingat umat Islam adalah kelompok yg petengahan yg menjadi role model kpd umat2 yg lain.

Renung-renungkan kata Umar Al-Khattab
"Bangsa kita mulia kerana Islam, jika kita mencari kemulian selain drpd Islam, nescaya Allah akan menghina kita"

Sekian

No comments:

Post a Comment