24 February 2011

2011 Arab Uprising or Arab Revolution

Assalamualaikum semua,
arini aku ingin menceritakan keadaan isu semasa di Negara2 Arab khususnya. Alhamdulillah bersyukur kpd Allah S.W.T., tuhan yg menguasai sekian alam ini, kita telah dpt melihat satu perubahan berlaku especially di negara2 Arab yakni yg majoritinya adalah muslim. Rakyat2 negara Arab ni bangun untuk mencegah yg mungkar terhadap rejim2 Arab ini. Contohnya kita dpt lihat di Tunisia dan Mesir sndri

Di Tunisia, rakyat bangun mencegah kemungkaran pemerintahan Zainal el Abidin Ben Ali yg dimana dinamakan sbg "Jasmine Revolution" yg akhirnya menamatkan pemerintahan ala kuku besi di Tunisia. Dilaporkan oleh media barat bahawa isteri Ben Ali, Laila sempat memunggah 1.5 tan emas sblom Ben Ali n family keluar negara ke Arab Saudi. Begitu juga di Mesir, hasil kejayaan "revolusi" dri Tunisia, rakyat Mesir bersama2 keluar menunjukkan tanda bantahan mereka kpd Hosni Mubarak. Akhirnya 11 Feb 2011, Hosni Mubarak meletak jawatan sbg Presiden Mesir yg dipegangnya selama hampir 30 thun. Kini selepas Tunisia dan Mesir, gelombang "Revolution" ini merebak di semua2 negara2 arab dan yg terbaru di Libya rakyat keluar bersama2 membantah pmerintahan "Totalitarian" Muammar Al-Gadaffi dan rakyat Libya ada satu tujuaan, mengembalikan kuasa constitutional monarchy dgn pembahagian kuasa demokrasi bukan pemerintahan bersifat total dan kuku besi spt Gaddafi.


Peta dunia Arab

Apa faktor2 berlaku revolusi ini di negara2 Arab?
Bnyak faktor bergantung kpd Negara2 Arab itu sndiri tetapi aku dpt simpulkan disini rakyat2 negara arab bgun menentang2 rejim2 ini disebabkan demokrasi. Contohnya di Mesir, logik kah kita dgr Presiden Mubarak bila time pilihan raya bleh menang 99.5% undi pdahal rakyat ramai kuar suruh dia letak jawatan. Ini dimana hak mereka sbg rakyat dicabul ditambah keadaan di Mesir yg 40% drpd total penduduknya miskin padahal Mesir ada Terusan Suez. Sepatutnya duit cukai Terusan Suez itu lebih drpd cukup untuk tampung perbelanjaan rakyat2 Mesir.


Rakyat keluar beramai2 mendesak Hosni Mubarak letak jawatan

Kemana duit2 itu hilang?. Di sna rasuah berleluasa. Lagi satu Mesir ada gas tp rakyat nk beli gas lg mahal dprd Israel. Pemerintahan Hosni Mubarak baik dgn negara haram Israel.Di Tunisia lain pula citer-nya dikatakan isteri Ben Ali,Laila membelanjakan harta negara untuk dirinya dan Ben Ali ni mengharamkan rakyat dia pakai tudung, nk pi solat jumaat kena ada permit n melarang rakyat untuk berpuasa di bulan Ramadan kerana alasan mengurangkan produktiviti. Ini pemimpin kita mahukan? Tepuk dada tnya la diri sendiri.

Tidak dinafikan bahawa dlm Quran menyuruh mentaati pemerintah dan Hadith Nabi S.A.W. melarang umat islam memerangi pemerintah.

Dalam Al-Quran Surah An-Nisa Ayat 59 Allah Berfirman:
"Hai orang2 beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri dikalangan kamu"


tetapi kita tgk juga ayat sebelum drpd ayat ini (Ayat 58 Surah An-Nisa)
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kpd yg HAK dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum sesama kamu (yakni manusia) kamu menetapkan dgn adil, Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kpdmu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Lihat"


Bedasarkan 2 ayat diatas, kriteria seorang pemimpin mesti dipilih kpd yg hak. Pada pandangan aku yg hak ini pemimpin yg baik dan mempunyai ciri spt khulafa ar-rashidin dan mempunyai sifat kepimpinan yg sejati. Apabila memilih dikalangan yg btol2 layak, apabila berhukum sesama manusia mesti berhukum dgn adil. Lps itu bru la Allah menyuruh kita mentaati pemerintah apabila pemerintah mengikuti kriteria yg disebutkan dlm ayat 58 Surah An-Nisa ini.

Bagi rakyat Mesir dan Tunisia adalah tanggungjawab mereka membantah kemungkaran pemerintah kerana pemerintah mereka sudah tidak menepati ciri2 yg ada dlm ayat 58 ni

Ini adalah pendapat aku sbg seorang manusia biasa, ada orang ada lain persepsi tentang isu semasa ini. Terpulang kpd masing2 nk menilai tp aku alu2 kan kpd sesiapa yg membaca aritkel ini berikan buah fikiran, pandangan dan teguran jika apa yg aku tulih ni.

Ok la stakat itu la arini
bnyak btol tulih
Sekian,

No comments:

Post a Comment