08 July 2010

Isra' & Mikraj

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari yg ceria dgn cuaca agak panas sedikit (25 degree celcius). Arini bersamman 26 Rejab n esok merupakan ari yg bersejarah bg umat islam diseluruh dunia
Isra' & Mikraj junjungan besar kita Muhammmad S.A.W.. Peristiwa ini berlaku dimana Nabi S.A.W. telah kehilangan orang yg baginda btol2 kasihi & sayangi iaitu isteri baginda Siti Khadijah & bapa saudara baginda Abu Talib. Perisitiwa ini juga menjadi tanda kepada bermulanya perintah solat 5 waktu sehari smlm. Maksud Isra' & Mikraj adalah seperti berikut:


Isra' : Allah memeperjalankan nabi S.A.W di malam hari dari bumi Makkah ke tempat paling jauh (yakni) Masjidil Aqsa di Palestin dgn meperlihatkan sekelilingnya. Ini dibuktikan dlm Al-Quran mengenai isra baginda dlm surah Al-Isra ayat 1. Nabi S.A.W dijemput oleh Jibril A.S dgn menaiki buraq. Buraq merupakan kenderaaan bersayap yg kelajuan seperti sepantas kilat (cahaya).

Mikraj: iaitu perjalanan ke langit dari Masjidil Aqsa ke sidratul mutaha bertemu Allah dimana Allah memerintahkan umat islam solat 5 Waktu. Pada mulanya Allah memeberi 50 waktu solat untuk Nabi S.A.W. tetapi atas nasihat Nabi Musa A.S., Nabi berulang alik dri langit ke-7 ke Sidratul muntaha untuk dikurangkan waktu solat smpai 5 waktu solat. Selepas itu baginda berjumpa nabi Musa A.S & Nabi Musa berkata minta kpd Allah dikurangkan waktu solat itu kerna umatnya pd masa itu pon sekali sehari semalam. Tetapi Nabi S.A.W berkata aku cukup malu untuk meminta kpd Allah lg. Itulah bagaimana perintah solat 5 waktu sehari semalam bermula.

Itu sja nk dikongsi yg baik dtg dri Allah yg buruk dtg dri diri sndiri
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment