14 October 2009

Sebulan berada di perantauan

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur kita kpd Allah S.W.T kerana di kurniakan usia yg panjang beserta nikmat iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah telah hampir sebulan disini dibumi asing ni kehidupan ku amat senorok dan tidak berasa sunyi. Ini kerana disini ada insan yg berwarganegara Malaysia yang menyeri kehidupan ku disini. Walaupun syawal akan melabuhkan tirainya x lama lg, namun kunjugan rumah terbuka sentiasa diadakan lebih2 lg dari Malaysian Students Department and Malaysian Hall yang membuat rumah terbuka di samping senior2 di Brunel University. Tidak lupa juga kepada pegawai2 MARA London iaitu En. Zahar & En Khairil sudi menjemput student2 MARA ke rumah mereka.

Insyallah pada minggu ni ade rumah terbuka anjuran MARA London dan Kelab Umno Luar Negara. Ini dapat mengukuhkan silaturahim antara Malaysian sekaligus mendokong gagasan 1 Malaysia.

Sekian sahaja..

24 September 2009

First time beraya tanpa keluarga di sisi...

Di kesejukan pagi syawal yg lalu ( 20 September 2009) di bumi asing jauh dari negara yang tercinta, Malaysia. Suhu di sini kira2 17 darjah celcius membalutkan tubuhku yang dingin ni.



Di waktu itu juga ku teringat kalau pagi2 raya mesti ada rendang buatan opah @ emakku ngn ketupat palas kegemaran ku di samping kemeriahan sepupu2 ku di kampung. Di sini, iaitu di United Kingdom sungguh berbeza sekali. Terima kasih kepada abang Jep ngn kak zah kerana sudi menumpangkan kami berlima (aku, zufadhli , ameerul, nadia ngn najwan) untuk 1 mlm supaya kitaorang semua dpt menyambut hari raya (sebelum masuk ke hall) .



Tidak di lupakan senior2 Malaysia di Brunel University yang sama2 menyambut raya ngan mengadakan rumah terbuka walaupun tidak semeriah di Malaysia tetapi cukup untuk mengubat rindu kepada suasana raya di Malaysia.









Ini dijadikan sebagai pengalaman kpd diriku yang amat bermakna & tidak akan di lupakan sampai bila2. Ini juga menjadi motivasi & insipirasi dalam menempuh dugaan & cabaran ketika hidup di negara orang sebagai seorang pelajar. Bak kata pepatah " Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri, lebih baik di negara sendiri".

Sekian,
wasalam

23 August 2009

Chelsea dan Spurs mencatatkan kemenangan 100%

Tahniah kepada Chelsea dan Spurs diatas kejayaan membenam lawan masing2. Chelsea yang bertandang ke gelanggang jiran tetangga ( Fulham ) di Craven Cottage dengan kemenangan 2-0. Gol2 Chelsea dijaringkan oleh Anelka dan Drogba. Di barat London, West Ham tewas di tangan Spurs. Gol Lennon di minit2 akhir permainan meyelamatkan Spurs dari keputusan seri. Sebelum itu The Hammers mendahului melalui gol Carlton Cole sebelum Defoe menyamai kedudukan kepada 1-1. Dengan gol kemenangan Lennon ini meletakkan Spurs berada di kedudukan teratas liga EPL.

Sementara itu pasukan yang baru dinaikkan di EPL, Burnley mencatakan kejayaan yg kedua (selepas mengalahkan setan merah laknat) dengan membenam cabaran Everton. Gol tunggal Burnley di jaringkan oleh Wade Elliot. Everton sepatutnya boleh dapat keputusan seri namun Louis Saha gagal menyempurnakan sepakan penalti..


Anelka meraikan gol bersama2 Drogba

Tinggal Liverpool dan Villa sahaja yang belum berentap lagi...
Sekian

22 August 2009

Kenduri gol di Emirates & JJB Stadium

Tahniah diatas kejayaan Arsenal dan Manchester United diatas kemenangan besar mereka. Arsenal yang menerima kunjungan Portsmouth di Emirates melakar kejayaan 4-1. Gol Arsenal dijaringkan oleh Alou Diaby (2 gol), William Gallas and Aaron Ramsey. Gol tunggal skuad pompey dijaringkan Younes Kaboul. Di JJB Stadium, Wigan Athletic dibelasah oleh setan merah laknat iaitu Manchester United. United menjaringkan 5 gol (semua nya time second half, bosan betul). Gol2 United hadir melalui Rooney (2 gol), Berbatov, Owen dan Nani. Ini merupakan gol Owen sejak menyertai MU awal Julai lalu (alah ko dh score 1 dah belagak).

Pasukan jiran tetangga United, Manchester City turut melakarkan kemenangan di Eastland dgn satu2 nya gol drpd Adebayor. Hull akhirnya menang juga selepas kelah kedua2 match lalu (Chelsea and Spurs) dengan menang ke atas Bolton. Sunderland pula menang tipis keatas Blackburn and tanpa jaringan di St. Andrews dimana Birmingham sekadar seri 0-0 dgn Stoke (pasukan dibelasah Liverpool 4-0)...

walaupun ini baru 3 match namun perebutan kejuaraan masih terbuka. Siapakah yang akan menang EPL?. kita tgk mei 2010..

Jangan lupa pertembungan Barca and Athletic Bilbao besok (waktu kt sana la) di Nou Camp (Supercopa de Espana 2 Leg) dgn keputusan 1 Leg dimenangi Barca di San Memes (2-1)...

Sekian

First day puasa bg tahun 2009

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana kita telah menyempurnakan ibadah puasa pada hari pertama Ramadhan. Hari ini merupakan hari yang saya rasa sungguh tenang dan berasa cukup gembira. Seumur hidup saya x pernah rasa gembira seperti itu. Itulah di katakan orang yang berpuasa Allah memberikan nikmat kegembiraan ketika berbuka dan di akhirat kelak. Pada hari ini saya mengikuti ayah ke masjid disekitar kawasan perumahan iaitu Masjid Al- Khashi'in, Desa Petaling untuk berbuka di masjid. Banyak kelebihan berbuka di masjid antaranya dapat memupuk semangat silaturahim antara sesama umat Islam. Di masjid bukan sahaja ada orang melayu malah kaum2 lain seperti orang bangla, pakistan, cina, india yang beragama Islam turut sama2 menikmati waktu berbuka dan selepas itu melakukan solat maghrib berjemaah. Ini membuktikan Islam ni bukan dianuti oleh orang Melayu malah seluruh dunia x kira lah samada dia orang arab, mat salleh ker kalau di berikan petunjuk kepada Allah seseorang ialah seorang muslim.

Pada malamnya kita menunaikan Solat Terawikh di masjid yang sama. Solat Terawikh sebanyak 20 rakaat tp saya hanya melakukan 8 rakaat sahaja and buat withir 3 rakaat dan membaca Al-Quran sebelum pulang ke rumah. Itu lah yang dapat diceritakan pengalaman first day puasa walaupun hari ini hari Sabtu, Allah menurunkan hujan di kawasan rumah saya tanda Dia maha pemurah lagi maha pengasihani. Sekian wasalam

21 August 2009

Ingatilah Perjuangan Genersi dahulu....

Kini, Malaysia merupakan sebuah negara aman dan damai walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum. Tapi tahukan anda, bahawa harga sebuah aman dan damai harus dibayar oleh pejuang kita dahulu dari penguasaan penjajah. Kita dibelenggu penjajah selama lebih 4 kurun lamanya dan pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 negara bebas di belenggu penjajah. Bukan main gembira rakyat Tanah Melayu ketika itu selepas sekian lama tersiksa akhirnya mereka bebas untuk menentukan hala tuju generasi yang akan datang (iaitu kita ). Oleh itu kita patut mengucapkan terima kasih kepada generasi yang terdahulu yg berjuang menuntut kemerdekaan. Jangan kita lupa jasa Dato' Onn, orang2 Melayu serta Raja2 Melayu yang mengagalkan Malayan Union seta jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun H.S. Lee serta E. Thuraisinggam yang bersama2 menuntut kemerdekaan di London.

Lihatlah video ini, Begitu besarnya nikmat kemerdekaan







Dengan ini saya menyeru kepada anda semua ingatilah sejarah dan pengorbanan generasi terdahulu untuk merdeka bukan sahaja sebagai sebuah negara dan bangsa malah mampu berdiri diatas kaki sendir. Setelah 52 Tahun Merdeka, negara telah mencapai pelbagai kemajuan dari segi ekonomi, teknologi serta pendidikan dan menjadi contoh kepada negara2 dunia ketiga (Negara2 Membangun)..

Sekian dan salam 1 Malaysia

Thank you Samuel Eto'o and Welcome Zlatan Ibrahimovic....

Now Samuel Eto'o have expand his carrier to FC Internazionale and 5 years contribution in Barca not will forget. The Cameroonian striker has prove himself as a one of best striker in the world at 5 years in Camp Nou. The third's Barca all time top scorer have netted almost 100 goals for Barca. He also score a vital goal in Champions League 2006 Final in Paris when he scored equalizer goals againts Arsenal and his goal made a team boost for victory in Champions League title. He also score a first goal agaist Manchester United in Champions League 2009 in Rome.


Thanks again for you Samuel Eto'o and hopefully you have more succesful carrier in italy and of course you can succes because you are one of lengend in Barca and best striker in the world.
Now I would to say good bye Eto'o and thanks for everything and welcome our new Barca boy Zlatan Ibrahimovic also called as "IbraCadabra" with lethal skill as striker who won a "Capocannonieri"(Italian Seria A top Goalscorer) last season with Inter....



Goodbye Samuel Eto'o



Welcome Zlatan Ibrahimovic